Perihal Penulis

Penulis adalah seorang Pegawai di salah sebuah Universiti di Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Falsafah dalam Bidang Psikologi Personaliti. Bidang kepakaran beliau adalah Psikologi dari perspektif Islam. Penulis bergiat aktif membangun generasi muda yang mengenal Tuhan dan  menggunakan sepenuhnya potensi diri sebagai Khalifah Allah. Kini, penulis sedang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

26 Komen »

  1. Hi.. Salam…

    sy baru terjumpa laman awak ni, nak mintak izin nak link kan laman awak ke blog saya blh? bcoz i found dat ur blog is very interesting😛

    tq

  2. Afiti said,

    assalamualaikum.blog yang amat menarik perhatian saya…alhmdulillah dapat masuk ke blog tuan..ingin mengenali tuan untuk menimba ilmu dari tuan dan juga mndapatrkongsian..izinkan sy mngmbil entri dari blog tuan juga..untuk sebarkan hasil entri tuan y bermakna ini…izinkan sy mgmbilnya utk diltkkan di blog sy juga…utk disebarkn pnulisan tuan di blog sy…TERIMA KASIH TUAN..ADA KLPGN JEMPUT KEBLOG SY YA…SALAM

  3. abulutfi said,

    Assalaamualaikum wbt kepada semua pembaca blog saya,

    Saya rasa berbesar hati jika tuan-tuan dan puan-puan hendak membuat link ke blog saya. Saya juga mengizinkan mana-mana individu mengambil entri dari blog saya ke blog masing-masing DENGAN SYARAT nyatakan asal-usul artikel tersebut, iaitu alamat blog saya. Saya berpendapat idea dan ilmu pengetahuan patut disebar selagimana diberi kredit kepada penulis atau sumber asal. Sekian.

  4. Alizi Alias said,

    Salam perkenalan

    Saya juga ingin bertukar2 maklumat mengenai psikologi islam. Blog saya tentang Islam dan psikologi boleh dilawati di blogs.iium.edu.my/alizi.

    • abulutfi said,

      Terima kasih kerana melayari blog saya. Saya berbesar hati untuk bertukar-tukar maklumat mengenai psikologi Islam sekadar yang saya tahu. Saya juga telah melawati blog tuan. Amat baik. Insya Allah saya akan link kan dengan blog saya. Untuk berhubung dengan saya pada masa akan datang, tuan boleh emel ke alamat dr_amri14@yahoo.com

  5. ninim said,

    salam…macamana nak follow blog ini

    • abulutfi said,

      Wsalam,
      Hmm… follow? Tolong jelaskan sikit apa maksud tuan/puan?

  6. Mohd Fadzli Abu Bakar said,

    Salam… saya dari Johor Bahru…. Sarjana Psikologi Pendidikan… sekarang mula nak propose tajuk untuk Ph.D. dalam bidang psikologi Islam. Saya tertarik dengan beberapa posting saudara yang ditulis berdasarkan sumber rujukan yang berwibawa… kalau tak keberatan, boleh kita kongsi maklumat mengenai penyelidikan atau tajuk-tajuk buku yang digunakan oleh saudara sebagai rujukan… Mungkin kita boleh berhubung melalui email. terima kasih

  7. Syaari said,

    Saya mula berminat dengan blog ini.

  8. aeizat said,

    assalam…
    saya seorang pelajar yang masih menuntut di peringkat diploma di salah sebuah kolej milik mara.sejujurnya saya berminat dalam mengkaji psikologi dan personaliti manusia.seandainya tuan ada bahan bacaan yang mungkin boleh membantu saya,mohon agar tuan boleh berkongsi bersama saya..
    hubungi saya di email berikut,
    syafiqaizatmf@yahoo.com

    • abulutfi said,

      Wsalam,

      Bagi saya ilmu psikologi dan sosiologi amat penting untuk semua orang fahami kerana ia adalah asas bagi jalan dakwah yang menjadi kewajiban semua orang Islam. Bahkan, untuk mengubah individu dan masyarakat juga perlu mendalami ilmu kemasyarakatan. Dunia hari ini penuh dengan budaya negatif dan tanggungjawab kita semua untuk memperbaiki keadaan.

  9. Don't know d answer to this question:/ said,

    saya ada satu soalan.it is: Bagaimanakah seseorang individu boleh mengembang potensi diri? PLEASE REPLY:)

    • abulutfi said,

      Pendapat dan dari kajian saya:

      1. Kenal siapa diri dan kekuatan diri.
      2. Faham dan analisa suasana semasa yang mengelilingi diri.
      3. Jelas matlamat dan sasaran untuk diri.
      4. Lakukan pelan tindakan yang khusus untuk diri.
      5. Muhasabah.

  10. ain said,

    a’ssalamualikum w.b.t
    sy sedang menutut di salah sebuah IPTA tempatan dan sekarang sedang berusaha utk menyiapkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan kajian personaliti unggul dalam karya. boleh tak DR memberi penjelasan apakah maksud personaliti unggul.

    • abulutfi said,

      W/salam.
      Personaliti Unggul boleh ditafsir dalam konteks yang luas. Secara ringkasnya, bagi saya, personaliti unggul merupakan tingkat tertinggi bagi personaliti seseorang insan. Ia hanya dicapai oleh segelintir manusia yang benar-benar memahami dan menghayati makna hidup. Rasulullah s.a.w., Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Hasan al-Banna adalah antara nama yang layak dikatakan mencapai tahap personaliti ini.

  11. normi dahar said,

    Assalamualaikum Sdr. Abu Lutfi..
    Tahniah atas penulisan yang cukup bermakna buat saya….penulisan yang cukup terancang, bermaklumat,, dan tersusun..Teruskan usaha menulis dan berkongsi ilmu..moga Allah memberi ganjaran melimpah ruah.. Izin kan saya mengambil bahan /artikel tuan sebagai bahan rujukan dan penulisan untuk beberapa tugasan..

  12. Abzahidi said,

    Saya sedang berusaha utk menyambung pengajian dalam peringkat master psikologi. sy lebih cenderung kpd psikologi islam. cuma saya masih tercari2 tajuk yg sesuai untuk tesis. boleh tuan bg saya idea dan cadangan ?

    • abulutfi said,

      Salam

      Pemilihan tajuk bagi Ma atau PhD bergantung kepada beberapa perkara, antaranya minat, pengalaman dan bakal penyelia. Namun, faktor ketiga yg saya sebut tidaklah boleh dipegang sangat kerana penyelidikan di peringkat siswazah sepatutnya ditentukan oleh pelajar dan hanya dinasihati oleh penyelia. Bagi saya apa yang paling utama adalah minat tuan. Cuba lihat sekeliling dalam skop psikologi. Apa masalah-masalah yang berbangkit perihal Islam yang boleh diselesaikan dalam kerangka ilmu psikologi? Misalnya, oleh kerana bidang psikologi banyak menekankan soal tingkah laku, maka tingkah laku apakah yang mungkin boleh diselesaikan dengan mempraktikkan ajaran Islam? Contohnya, masalah zina dalam kalangan remaja, apakah penyelesaian dalam Islam? Bagaimanakah secara psikologinya ia boleh membantu selesaikan masalah zina?

      Jika tuan renung ayat-ayat Quran dan Hadith Nabi, ada banyak unsur piskologi di dalamnya. Mungkin daripada kedua-dua sumber ini tuan boleh mendapat ilham. Selamat mencuba!

  13. fahzal shahrel said,

    salam…jika sy ingin menyambung pelajaran dalam bidang psikologi islam dimanakah tempat yang sesuai untuk saya tuju?…Dan di dalam negara kte ada ke tmpt nak belajar psikologi islam ni?

    • abulutfi said,

      Salam. Setahu saya hanya 2 kolej swasta menawarkan kursus diploma dalam psikologi Islam: Kolej Dar Al-Hikmah, Bangi dan Jaipetra, Kelantan. Di IPTA pula, UIA antara IPTA yang ke hadapan dalam kajian Psikologi Islam.

  14. Norhasimah bt Mazerki said,

    Sy sdg menyiapkn kajian ttg personaliti dr sudut pandangan islam, izinkan saya memetik sbhgn drp artikel tuan sbg rujukan.

  15. azhar said,

    Assalamualaikum Dr,

    Saya sedang mencari tempat untuk sambung Ijazah Sarjana Psikologi…fokus kepada Psikologi Rundingan. Adakah ia termasuk dalam Psikologi Personaliti, atau bagaimana? Di mana kursus ini ditawarkan?

    • abulutfi said,

      Saya berpendapat bidang saudara (rundingan/negotiation) lebih kepada bidang komunikasi atau pengurusan dan bukan psikologi. Banyak IPTA menawarkan Sarjana Pengurusan dan Perniagaan atau Sarjana Komunikasi. untuk detail, sila rujuk laman-laman web IPTA, khususnya IPTA yg lama seperti UM, UKM, UPM, USM dan UIA.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: