Jun 20, 2009

Petua Agar Orang Suka Kepada Kita

Posted in Rahsia Personaliti Unggul pada 4:12 pm oleh abulutfi

Saya telah beri banyak petua bagaimana menjadi seorang yang beropersonaliti unggul dalam buku saya. Namun kini saya akan kongsi beberapa petua lagi agar hubungan tuan-tuan dan puan-puan bertambah erat.

1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Ini kerana kebanyakan manusia (yang normal) tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang kita mahu dekati. Ini kerana persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologkal. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama juga boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.

4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Maka, banyakkan memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang!

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa tuan-tuan/puan-puan sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga. Tapi awas! Jika takut syok sendiri, binalah hubungan secara beransur-ansur. Kata orang, ‘Slow and steady win the race’.

6. Kajian juga mendapati bahawa apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Akhir sekali, elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.

Selamat mencuba!

kempen selamat palestin

Gambar: Berkongsi persamaan…

2 Komen »

  1. MOHD HAYADI ABD GHANI said,

    salam,saya mohon izin daripada tuan untuk mengambil pandangan tuan didalam artikel di atas sebagai rujukan di sekolah saya.Artikel ini dapat membantu saya menerangkan ciri-ciri personaliti unggul yg perlu ada dikalangan murid-murid.terima kasih

    • abulutfi said,

      Semua bahan di dalam blog ini adalah percuma dan dengan izin. Cuma mohon jasabaik meletakkan sumbernya iaitu blog ini sebagai rujukan. Sekian.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: