Mei 3, 2009

Mencari Ketenangan dengan Zikrullah

Posted in Psikologi Islam pada 3:47 pm oleh abulutfi

Di zaman penuh pancaroba ini, hati manusia sentiasa keluh kesah dengan pelbagai masalah dan ujian. Pelbagai usaha digunakan untuk mencari ketenangan jiwa. Ada yang ke panggung wayang, ada yang makan, ada yang tidur dan seribu satu macam cara lagi. Namun, Islam sebenarnya telah ada formula penenang jiwa sejak 1400 tahun dahulu. Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d, ayat ke-28, maksudnya dengan berzikir, hati menjadi tenang.

berzikirMungkin ramai yang tidak mahu mengakui kuasa zikir lantaran kemampuan ‘fikir’nya yang tidak menjangkaui hal-hal ghaib. Allah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir. Sebagai perumpamaan, ucapan dua kalimah syahadah adalah lebih berat daripada seluruh isi dunia jika diletakkan di atas timbangan. Dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, seseorang akan diangkat darjatnya di sisi makhluk-makhluk Allah, dihapuskan dosa-dosa dan dijanjikan pahala yang melimpah ruah. Zikir juga merupakan perisai kepada syaitan dan jin.

Beza orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir umpama orang yang hidup dan orang yang mati. Hal ini diungkap dalam salah satu hadith Nabi saw. Belum percaya? Cubalah sendiri. Mulakan dengan memaksa diri. Lama-kelamaan, mulut akan terbiasa dan akhirnya sertakan ucapan dengan hati (mengetahui makna dan fokus). Inilah yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali hingga akhirnya beliau sendiri menemui Tuhannya. Satu langkah kita mendekati Allah, sepuluh langkah Allah mendekati kita. Apa yang lebih indah daripada mengenal Allah lebih rapat?zikir2

Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati ornag yang bermeditasi meningkatkan gelombang theta dalam otak. Gelombang ini dipancarkan seseorang apabila berada dalam keadaan tenang. Bahkan meditasi dapat mengurangkan tekanan dan risiko penyakit jantung. Zikir juga merupakan satu bentuk meditasi, bahkan ia lebih daripada itu kerana Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka yang menyebut nama-Nya dengan ikhlas. Cubalah sendiri, anda pasti tidak menyesal!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: