Oktober 14, 2008

Menilai Buku Dari Rupa Kulit

Posted in Cermin Diri pada 1:58 pm oleh abulutfi

Apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat kerja baru, biasanya kita akan cuba mengenali seberapa ramai kenalan baru untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi di tangan kakitangan ‘senior’ terletaknya khazanah ilmu yang diperlukan untuk melakukan tugas dengan efektif. Lain suasana, lain caranya.

Saya juga pernah tersalah tafsir seorang rakan sekerja semasa saya mula-mula menjejakkan kaki ke pejabat baru. Apabila saya melihat gambarnya yang bengis, terus saya menyangka beliau adalah seorang yang berwatak tidak Islamik. Namun, tanpa disangka-sangka, setelah hampir 2 tahun bersahabat dan bermusafir bersamanya, ternyata beliau adalah seorang yang sangat Islamik dan berjiwa sensitif. Mujurlah saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mengenali beliau.

Dalam tempoh mengenali seseorang pada peringkat awal, kita sering menggunakan kaedah ‘menilai buku dari rupa kulitnya’. Walaupun pada kebanyakan masa,  penilaian kita terhadap seseorang daripada rupa luaran dan persepsi awal tidak tepat, ia mampu memberi kesan yang besar dalam sesuatu perhubungan. Misalnya, ‘first impression’ yang berkekalan oleh kerana persepsi yang diperkukuh berdasar pengalaman sendiri dan orang lain sukar dikikis. Selagi mana hubungan tidak dipulih dengan kepercayaan demi kepercayaan, permusuhan boleh terjadi dalam jangka panjang.

Sebagai satu contoh, permusuhan antara mahasiswa dan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti setiap kali musim pilihanraya kampus. Oleh kerana tahun demi tahun, sesetengah HEP universiti mengambil langkah ‘negative engagement’ apabila berhadapan dengan mahasiswa yang tidak bersama aspirasi mereka, pihak mahasiswa tersebut juga melabel HEP sebagai seteru. Persepsi kedua-dua belah pihak ini berpanjangan dan menyebabkan kepercayaan sesama mereka sukar dibina.

Nasihat saya kepada sesiapa sahaja, kenali seseorang sebelum kita bertindak ‘melabel’ seseorang. Beri masa untuk berkenalan dan mulakan langkah untuk berkenalan. Jika seseorang memberitahu kita ‘itu dan ini’ mengenai seseorang, siasat dahulu sebelum berpegang kepada kata-katanya. ‘Seorang musuh sudah terlalu ramai, 1000 kawan masih lagi sedikit.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: