September 19, 2008

Potensi Diri

Posted in Rahsia Personaliti Unggul pada 1:30 am oleh abulutfi

Setiap manusia yang diciptakan oleh Tuhan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kelebihan dan kelemahan yang dikurniakan menjadikan setiap insan unik dan istimewa. Tiada seorangpun yang diciptakan-Nya dengan sia-sia. Cumanya mungkin, manusia itu sendiri yang tidak mengenali dirinya. Pada diri manusia ada sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan. Kecerdasan ini kadangkala terpendam dalam diri sehinggalah ia ditemui oleh tuan empunya diri.

Pada 1983, seorang ahli psikologi bernama Dr. Howard Gardner mengemukakan teori ‘Multiple Intelligence’. Menurut beliau, manusia mempunyai tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan logikal, bahasa, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Ahli sukan mempunyai kecerdasan kinestetik. Ahli muzik mempunyai kecerdasaan muzik. Manakala pereka hiasan dalaman mempunyai kecerdasan ruang. Begitu lah seterusnya sehingga tidak ada seorangpun yang boleh mengatakan bahawa dirinya serba kekurangan. Sekurang-kurangnya satu orang mempunyai satu kebolehan.

Amat penting agar setiap manusia tahu kelebihan dan kelemahan diri. Kelebihan diri perlu diketahui agar kita bisa mempertingkatkan keupayaan tersebut dan menggunakannya sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan hidup. Manakala kelemahan penting untuk diketahui agar segala kekurangan tersebut dapat diminimakan kesannya dalam hidup. Manusia tidak dapat lari dari kekurangan, tetapi manusia boleh memperbaiki kelemahan diri. Setiap manusia bisa berubah!

*Diolah semula dari buku saya, Rahsia Personaliti Unggul ©.

1 Komen »

  1. siti said,

    asskum..
    saya amat tertarik dengan pertikan di atas. untuk pengetahuan,saya berumur 21 tahun dan seorang mahasiswi di salah sebuah ipta. namun saya agak sukar untuk mengenali diri sendiri. saya sendiri tidak tahu apakah kelebihan yang ada pada diri saya ini. saya ingin bertanya, apakah cara-cara untuk seseorang mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam? semoga Tuan dapat memberikan jawapan kepada saya, bagaimana untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan yang tersembunyi dalam diri itu.

    “Amat penting agar setiap manusia tahu kelebihan dan kelemahan diri. Kelebihan diri perlu diketahui agar kita bisa mempertingkatkan keupayaan tersebut dan menggunakannya sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan hidup. Manakala kelemahan penting untuk diketahui agar segala kekurangan tersebut dapat diminimakan kesannya dalam hidup. Manusia tidak dapat lari dari kekurangan, tetapi manusia boleh memperbaiki kelemahan diri.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: