Jun 16, 2008

Pendekatan Psikologi Islam

Posted in Psikologi Islam pada 4:57 am oleh abulutfi

Persepsi dalam dunia psikologi kebanyakannya dimonopoli oleh teori-teori dari barat. Menurut M.G. Husain (t.th.) dalam buku Psychology and Society in Islamic Perspective, teori-teori moden ciptaan sarjana-sarjana barat ini lebih menitik beratkan kajian sosial dan budaya manusia tanpa memberi perhatian pengaruh spiritual manusia.

Hassan Langgulung (1986) dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam, menyatakan bahawa dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu ‘aql’, ‘nafs’, ‘roh’ dan ‘qalb’. Inilah perbezaan paling ketara antara psikologi barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di barat, kajian terhadap tingkah laku lebih diutamakan.

Dalam buku Sains Sosial dari Perspektif Islam, Wan Hashim Wan The (1986) menyatakan bahawa teori-teori psikologi dari barat tidak sesuai digunakan untuk mengkaji masyarakat Islam kerana ‘world-view’ Barat tidak sama dengan ‘world-view’ Islam. Oleh itu, teori-teori yang dicipta oleh sarjana barat tidak berdasarkan realiti masyarakat Islam. Sebagai alternatifnya, Hanna Djumhana (1994) dalam buku Integrasi Psikologi Dengan Islam: Menuju Psikologi Islam, menegaskan bahawa prinsip tauhid hendaklah dijadikan pedoman dalam kajian psikologi.

Sarjana-sarjana Islam yakin bahawa perspektif psikologi yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadith boleh mempengaruhi perubahan sosial dan masyarakat. Menurut M.G. Husain lagi, manusia berupaya mencapai kehebatan dengan memupuk sifat-sifat yang dikehendaki Allah S.W.T. ke dalam dirinya. Ini kerana objektif dalam kajian psikologi Islam adalah untuk membentuk insan yang lebih berkualiti serta mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

1 Komen »

  1. Sharifah Nasiehah said,

    Assalamualaikum.
    Kajian psikologi barat mengutamakan kajian sosial manusia,tapi salahkah untuk menerima apa yang betul?? (selagi tidak bertentangan dengan akidah) Contohnya,saya ada membaca 1 buku yang berkaitan ttg psikologi anak-anak dimana layanan ibubapa yang berbeza terhadap anak-anak mereka (sulung,kedua,ketiga & etc) akan menentukan sikap anak-anak mereka di masa hadapan.Bagi saya tidak salah info ini,tapi ada seorang kawan saya yang berpendapat bahawa kajian psikologi mampu merosakkan akidah.salahkah saya??atau salahkah dia??wallahualam….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: