Januari 21, 2008

Psikologi Dari Perspektif Islam Siri 2

Posted in Psikologi Islam pada 4:46 am oleh abulutfi

 

        Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan intipati utamanya, iaitu jiwa. Antara ahli akademik yang paling banyak mengkritik psikologi Barat adalah Profesor Dr. Hassan Langgulung. Beliau menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku semata-mata. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat.

        Menurut dua orang pengkaji psikologi Islam, Al-Faruqi dan Naseef, sehingga kini, penyelidikan dalam bidang psikologi masih gagal untuk memahami pelbagai aspek psikik manusia dengan tepat, mendalam dan menyeluruh, serta gagal untuk mengekalkan keseimbangan di antara faktor-faktor yang saling bertindak di dalam kehidupan.

Terdapat tiga prinsip bagi menilai psikologi agama. Pertama, secara teoritikal ia perlu berupaya menemui asas kelakuan manusia daripada huraian al-Quran yang menyentuh mengenai fitrah manusia. Kedua, ia mestilah kritikal, misalnya ia mestilah membina teknik komparatif yang boleh membantu ahli sains kemasyarakatan mengesan penyelewengan manusia daripada dasar Islam. Ketiga, ia mestilah strategik iaitu berupaya mencadangkan kaedah agar masyarakat yang menyeleweng daripada ajaran Islam dapat diminimakan.

Seorang lagi cendekiawan yang cenderung kepada psikologi Islam, Fuat Nashori, berpendapat psikologi dari perspektif Islam hendaklah disusun berpandukan kepada prinsip tauhid. Prinsip utama dalam psikologi dari perspektif Islam berteraskan kepercayaan bahawa Tuhan Yang Esa dan Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya, Allah wujud dengan sendirinya dan bersifat sempurna.

Hubungan antara tauhid atau keimanan dan amal (tingkah laku) boleh dianggap sebagai dua ‘alat jentera’ yang sentiasa bergerak untuk memproses kesempurnaan dan ketinggian keperibadian seseorang. Hujah ini menguatkan keperluan untuk mengintegrasikan kandungan al-Quran dengan ilmu psikologi moden bagi memberikan roh kepada bidang ini.

Namun, ilmu psikologi barat tidak harus diketepikan keseluruhannya kerana kemungkinan sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang lantaran kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam al-Ghazali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: