Disember 28, 2007

Melabel Manusia

Posted in Cermin Diri pada 7:58 am oleh abulutfi

Satu tabiat buruk yang menjadi barah di dalam masyarakat kita adalah tabiat ‘melabel’ dan berprasangka buruk tanpa usul periksa. Istilah-istilah seperti ‘barua’ dan tali barut’ adalah antara label yang sering digunakan dalam masyarakat kita sehingga memecah belahkan perpaduan. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengaku umat sesiapa yang suka berburuk sangka.

Sesetengah orang menyangka bahawa dia boleh mengenalpasti personaliti orang lain dengan hanya melihat gerak geri orang yang hendak di’tafsir’. Walaupun menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya.

Tingkah laku dan personaliti adalah dua perkara yang berbeza. Pakar-pakar personaliti sekalipun tidak dapat mengatakan, “Orang itu suka selalu dibelai kerana daripada pertuturannya dia seorang yang mudah mesra dan banyak meluahkan emosi.” Ini kerana personaliti manusia melibatkan integrasi antara akal, emosi dan tingkah laku, sedangkan apa yang dapat dilihat hanyalah tingkah laku manusia.

Kesan daripada tabiat suka melabel orang lain ialah hilangnya kepercayaan, perpecahan dalam organisasi dan menjatuh integriti seseorang. Oleh itu, jangan terlalu cepat membuat andaian hanya berdasarkan pemerhatian. Pepatah Inggeris ada menyatakan, “Don’t judge a book by it’s cover” (jangan mengadili buku hanya dengan melihat kulitnya).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: