Ogos 23, 2009

Personaliti Mukmin

Posted in Psikologi Islam at 12:13 am oleh abulutfi

Allahinheart
Sempena Ramadhan yang mulia ini, teringat saya kepada sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz iaitu Sifat Mahmudah. Dalam kita memperkatakan tentang personaliti, jarang sekali dikaji dan diteliti sifat-sifat terpuji atau mahmudah yang sepatutnya ada pada seorang Mukmin. Mari dilayari sebentar lirik lagu tersebut:

“Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki, payah dijaga
Hanya yang punya yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi, tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerana menerima anugerah tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata”

Lirik lagu Hijjaz ini menjelaskan tentang tiga sifat terpuji yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas, redha dan sabar. Ikhlas adalah satu sifat yang sukar ditentukan kehadirannya. Ia adalah rahsia Allah swt dan diberikan kepada insan yang tertentu. Tips untuk menentukan sama ada seseoramg itu ikhlas adalah apabila dipuji, ia tidak berasa riya’. Saidina Ali pernah berkata, “Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya’) mempunyai tiga tanda: Apabila bersendirian malas beribadah, sebaliknya apabila bersama-sama orang ramai dia menjadi rajin. Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan. Sebaliknya apabila dipuji, dia menambahkan amalannya.”

Redha pula adalah satu keistimewaan yang hanya ada pada orang Mukmin. Apabila ditimpa musibah ia berlapang dada, dan apabila dianugerahkan berita baik, ia bersyukur. Ia menerima kesemua ketentuan Allah swt dengan tenang. Firman Allah swt, “Alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil mereka berkata, “Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan RasulNya akan berikan kepada kami kurnianya, Sesungguhnya pada Allah kamu menuju.”

Sifat sabar sedikit berbeza dari redha. Seorang yang memiliki sifat sabar berupaya menahan diri apabila ditimpa ujian. Sifat sabar perlu dalam menghadapi 3 perkara: Pertama, berkeluh kesah apabila berlaku bencana. Kedua, dalam mengerjakan segala diperintah Allah. Ketiga, dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Renungi kata-kata Rasulullah saw ini, “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Ogos 21, 2009

Peluang Mengenal Diri Sempena Ramadhan

Posted in Cermin Diri at 11:07 pm oleh abulutfi

Salam Ramadhan!

Alhamdulillah, Ramadhan yang penuh keberkatan kembali lagi dalam hidup kita. Pada bulan ini semua syaitan dibelenggu dan pintu rahmat dibuka seluas-luasnya. Pada bulan ini juga kita berpeluang mengenal diri kita, secara lebih khusus melalui tingkat nafsu kita.

Dalam keadaan biasa, kita sering menyalahkan syaitan apabila diri kita melakukan sesuatu kemaksiatan atau kemungkaran. Baik yang kecil atau yag besar. “Ya Allah, ampunkan diriku yang lemah ini kerana aku tidak mampu melawan pujukan syaitan…” adalah antara ayat-ayat yang sering kita gunakan untuk mengelak daripada dipertanggunjawabkan.

Nah, di bulan Ramadhan ini siapa lagi yang hendak dipersalahkan? Ketika para syaitan terkunci rapat, kita hanya berperang dengan nafsu dalam diri. Nafsu inilah yang menentukan kita mengarah kepada kebaikan atau kemungkran. Maka, pada tempoh sebulan inilah kita dapat menilai diri dan melihat di tingkat manakah nafsu kita berada.

Adakah nafsu kita di tingkat ‘nafsu ammarah’ iaitu nafsu yang sentiasa menyeru kepada kejahatan dan pengkhianatan terhadap pencipta; atau adakah nafsu kita di tingkat ‘nafsu lawwamah’ iaitu nafsu yang sentiasa ‘confuse’ dan bercelaru untuk memilih jalan taqwa atau kejahatan; atau adakah nafsu kita di tingkat ‘nafsu mutmainnah’ iaitu nafsu yang tenang dan diredhai Allah.
mujahadah.jpg
Manfaatkan peluang kita di dalam ‘universiti Ramadhan’ untuk kenalpasti tingkat nafsu kita, berusaha memperbaiki nafsu kita dan seterusnya bergraduasi dengan cemerlang (nafsu mutmainah).

Ogos 20, 2009

Siapa Saya?

Posted in Tinta Editor at 1:33 am oleh abulutfi

Click to view my Personality Profile page

Walaupun kita tidak seharusnya berpegang 100% kepada tafsiran dan penentuan personaliti oleh inventori-inventori yang terdapat di pasaran, tidak salah untuk mencuba. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu serba sedikit tentang diri dan memanfaatkan kekuatan diri. Nasihat saya, jangan bergantung kepada orang lain untuk menentukan siapa diri anda kerana hanya kita menentukan siapa kita, dengan izin Allah.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.