Disember 28, 2007

Psikologi dari Perspektif Islam Siri 1

Dikirim dalam Psikologi Islam pada 3:25 am oleh abulutfi

Istilah ‘psikologi’ sering digunakan dalam perbualan seharian bagi menggambarkan pengaplikasian ilmu berkaitan tingkah laku manusia dalam kehidupan. Walaupun tidak pernah belajar secara formal atau membuat kajian saintifik, sesiapa sahaja bisa mengaku bahawa tindakannya berasaskan ilmu psikologi. Ini menggambarkan betapa besarnya keperluan ilmu tingkah laku manusia dalam menghadapi sesuatu situasi atau interaksi sesama manusia.

Pengertian psikologi ditafsirkan berbeza-beza oleh pemikir dalam bidang ini. Perkataan ‘psikologi’ berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘psyche’ yang bererti jiwa dan ‘logy’ yang bermaksud kajian. Oleh itu, psikologi bermaksud kajian mengenai jiwa.

Mohd Salleh Lebar mengistilahkan psikologi sebagai kajian berkaitan tingkah laku manusia yang meliputi mental, jiwa dan pemikiran. Pengertian ini bertepatan memandangkan keluasan bidang psikologi yang melibatkan proses berfikir, bergerak balas dan menzahirkan emosi.

 

Psikologi Berasal dari Tamadun Islam?

cover_hakimislam.gif

Menurut kajian Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad, Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial moden, iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini.

Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, al-Ghazali dan al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan perihal kewujudan akal, hubungan antara akal dan tubuh serta perasaan dan persepsi.

Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga telah mengkaji hampir kesemua aspek dalam bidang psikologi.

Dalam buku Psychology and Society in Islamic Perspective, penulis mengabadikan pendapat al-Ghazali bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan.

Maka anggapan bahawa ilmu jiwa berasal dari tamadun Islam ada asasnya. Sekurang-kurangnya, ia membuktikan Islam tidak mengetepikan ilmu jiwa dalam ajarannya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: